Saturday, September 17, 2011

KEMBALI..

Bismillahirrahmanirrahim… Memandang langit yang membiru..Hati makin meruncing..Berkira untuk melangkah.. Melihat biru yang tenang di balik awan yang menyelimuti..Keadaan sedikit berkabus..Matahari cemburu dalam mencelah..Cuba menukil padanan sinar yang ingin muncul di celahan zarah yang lebih hampir dengan bumi.. Hatiku juga turut melayang..Tatkala melihat kawanan burung-burung yang berterbangan laju..Terus dan terus…Tapi, ada yang tak terus melaju ke depan..Bilamana dia merubah arah kembali dalam putaran dan mengikuti kawanan yang lain ke satu arah yang lain…Ralit..Tenang..Damai… Bawalah hati ini juga ke sana..Monolog terus bercempera di medannya..Hanya sendirian..Itulah monolog..Bukan dialog, bentak hatinya..Ya! Itu bentak hatiku..
wslm... akak,di setiap langkahan kaki akak,Allah perhati,Allah ganjari jika tulus niat akak kerana Dia. kerana Dia yang menciptakan akak,Dia yang mengurniakan ujian,Dia juga pemberi nikmat. Setiap ujian dan fitnah adalah dr Dia,yang melepaskan kesusahan dan mengurniakan kebaikan2 yang sgt byk buat akak juga adalah Dia. Moga Akak terus tsabat..akak terus kuat. Akak bukan keseorangan,Allah bersama akak. maka,pabila Dia bersama akak maka siapakah lagi yang akan membahayakan?Allah telah memberi petunjuk ke atas akak atas jalan ini. Akak kena yakin,bahawa akak adalah golongan yang paling dekat dgn Allah slps para nabi dan rasul krn akak adlh antara du'ahnya.mana mungkin Dia menyiakan akak. "adakah kamu menyangka bahwa kamu akan masuk ke syurga sedangkan Allah belum mengetahui siapa diantara kamu yang bersungguh-sungguh dan mengetahui org-org yg SABAR" -AALI imran- salam sayang dan rindu, *******(= )
ukhti,ma'alisy~ tak terbalas message ni..... moga ukhti terus tabah dan kuat, terus istiqamah dan qowwiy, dalam menempuh arus ujian ini.... ingatlah ukhti, ALLAh sentiasa bersama kita, walau cobaan datang segenap penjuru dunia. duhai ukhti, masih ingatkah engkau akan mauqif-mauqif, kisah-kisah, ceritera-ceritera, para sahabt sahabiah, para dai' dai'yah, di kala menegakkan ISLAM di mata dunia. ukhtiku sayang, moga kau terus tabah dan kuat, ingatlah firmannya: ALLAH tidak akan membebankan seseorang melainkan dia mampu, mungkin berulang kali kau mendengar ayat, namun, aku ingin tetap menghadiahkan ayat ini buatmu ukhti, selamilah maknanya yang tersirat dan tersurat, kau akan beroleh kekuatannya! MOGA KAU TERUS TABAH,ukhti! Sesungguhnya aku mencintaimu kerana ALLAH,
Menyalin kemas bicaranya..Aku kembali mengutip mutiara kalam yang hadir…Amat bermakna bila punya ukhty dalam ikatan keimanan…Amat indah…Sesekali walau hadir air mata kerana kesilapan kecil yang terasa jua tersentuh ini, cepat-cepat Dia mengirim penawar..Tapi, di situ aku wajib tidak statik tanpa ikhtiar merawat..Biarlah kadang-kala hati akan luka pedih..Biarlah ia ditarbiyah…Untuk mengutip sedikit bekalan ketabahan dan kebaikan hidup.. Demi melihat pada motivasi akhirat..Dia yang terduduk, bingkas bangun…. Kembara yang membawa dia ke daerah yang tidak lagi asing..Di situ, dia memutar keserasian..Berziarah mengerat kasih.. Tapi, sentakan itu hadir..’Ayahnya dah meninggal.’ Terlopong yang mendengar.’Lepas solat Jumaat tadi, isterinya Tok Ba dah pergi.’ Kejap mulut tertutup. Tapi, mata kaku mengarah ke depan.’Adiknya meninggal dulu..Tak lama, dalam tak sampai 40 hari pun, abangnya pula pergi.’ ‘Isterinya tok imam, mak kawan kamu dah meninggal.’ ‘Suaminya dah pergi. Saat akhir, doktor sahkannya sebagai barah.’ Hadirnya peringatan. Dan ku akui..KEMATIAN sebagai peringatan yang terbaik. Semua ini membuatkan ku terkaku, tergamam sendiri. Setiap hari, dengan setiap langkahan kehidupan, terbayangkan kehidupan yang berakhir. Tertebuskah? Terampunkah? Terselamatkah? Ter..dan ter..Persoalan yang menakutkan di balik tabir kejadian yang pasti..Bagaimana pengakhiran? Di mana timbangan amal dan catatan kehidupannya? Di mana aku ‘di sana’? Dan…Bisu..Seakan pekak dari kebisingan dunia.. Pasif seketika. ‘Cepat!! Ayah sakit. Tak boleh bernafas.’ Semua seakan panik di sekeliling. Pucat seketika. ‘Sempat Mak Su muntah darah merah pekat kat halaman rumah. Allah panjangkan umur.’ ‘ Darahnya yang menjadi musuh jasadnya.’ “Allah!” Jawapan ketenangan : Kembalilah di setiap masa kepadaNya..Tika itu, setiap kekalutan yang makin serabut bersarang bagai terbang merungkai menjadi pecahannya tersendiri. Satu keharmonian.. Bukan hanya dia seorang yang teruji..Malahan, kalau terusan beranggapan hanya dia yang sendiri diuji, mungkin sentakan itu menjadi individualistik, mementingkan diri sendiri, sombong…aduh.. Lemah? Dia cuba mengatur langkah ke tepi jalanan yang sunyi dan kabur dari pemandangan material..Dia melihat ibu-ibu yang meminta sambil memangku anaknya..Dia melihat ayah-ayah yang gigih di roda hidup yang entahkan pulang dengan bekal apakah buat hari esok..Dia melihat ke sudut mereka yang terlantar di wad kecemasan..Dia melihat mereka yang terbaring di wad yang menempatkan pesakit-pesakit khusus..Hatinya makin ditambat sayu.. Entah apakah perasaan ini…Sayu dan teramat sayu dengan hikmah kembara…ya Allah……

0 comments: