Thursday, September 29, 2011

BERTUKAR

BERTUKAR..
Tersenyum sendirian melihat tajuk yang tertulis ini.. Teringatkan keletah anak-anak saudara yang sentiasa mengungkapkannya mengikut intonasi Ultraman atau Power Rangers yang diminati..Itu dulu..Sekarang..
Kalam mereka sudah jadi makin matang. Mata yang tertunduk. Bibir yang comel mengungkap kalamullah. Kadang-kadang ralit mendengar doa taubat yang menjadi kesukaannya.
Anak-anak. Menjadi penyejuk hati. Penawar jiwa. Melihat matanya yang bundar, seakan terbang segala masalah. Hati yang redup seakan kembali cerah. Melihat bibirnya mungil tersenyum dan berbicara.. Tangan dan kakinya yang turut bergerak-gerak menghantar keinginan yang ingin dizahirkan..
ya..Hanya DIA..Hanya DIA yang berkuasa mengirimkan segalanya. Dia yang mengirimkan tiap jawapan bersama kekuatan. Mengirimkan penawar bagi kesakitan. Dan Dia yang mengirimkan penentu bagi tiap perancangan.
Di meja perbincangan, satu kertas kerja telah ditarget dan dibincangkan. Tapi, akhirnya terbengkalai sementara waktu kerana banjir yang melanda. Dan si kontraktor muram sambil berpangku tangan. 'Bilakah?' 'Mengapakah?'..Seringkali kita silap mempersoalkan. Seakan terbiasa melayan persoalan-persoalan jiwa dan melangut membiarkan medan hati terus riuh dengan kegelisahan..
Tanpa sedar, kesakitan itu satu kemanisan. Dia jadi orang yang kuat untuk menempa satu inovasi atau pembaharuan. Dia jadi cerdik untuk menghadapi yang terjangka. Dan jadi ampuh untuk yang bakal terjadi. Kerana itu bukan penguasaannya. Dan Allah menghadirkan 'hadiah'..Hadiah cinta-Nya, seakan damai andai dia merebutnya di takhta yang paling sejahtera..Hadiah Allah hadir bersama kebanjiran itu.. Tanah itu jadi makin mampat. Jadi subur bila disiram baja cinta-Nya untuk dimakmurkan. Fikirannya makin bercambah membina keampuhan binaan yang bakal didirikan. Kawasan itu sedayanya dibentengi dengan empangan. Dan hatinya mempunyai tawakkal buat kuasa agung yang berhak melimpahkan bencana yang punya keagungan rahmat-Nya..
Sedangkan itulah dirinya.. Dibina oleh-Nya di dunia ini untuk tuaian hari akhirat nanti..
"Hari akhirat hari di mana tidak berguna anak-pinak dan segala harta kecuali orang membawa hati yang sejahtera."(Asy-Syu'ara : 88-89)
Hidup ini bakal teruji dengan pilihan. Dan pilihan ini meletakkan dia di dua persimpangan. Di mana keputusannya?
Nusrah milik-Nya bakal hadir. Keyakinan pada kepastian. Moga bakal bertemankan keredhaan dan keberkatan-Nya..
Perjalanan hari ini berlabuh sudah..Moga Allah menunjuki jalan..InshaAllah..

2 comments:

FaDhILaH said...

Salam kak wani..=)
post yang sgt mendalam maksudnya..
moga selalu dlm redhoNYA..
INSYAALLAH allah ma3ana

nur mujahidah said...

wsalam dik fadhilah..ukhty, hati ini teringatkanmu..moga ada kesempatan kak wani berziarah melihatmu di sana...rindu sgt..subhanallah...inshaAllah kita saling mndoakan..robbuna yusahhil alaina inshaAllah...uhibbuki fillah..=)