
Bismillahirrahmanirrahim…
Alhamdulillah 3x..
Ku rindu. Ku sayang. Dan ku mengharap.
Saat ku duduk di sendirian. Saat ku mencari ‘kebasahan’ jiwa.
Lantas, satu senyuman bertandang sekilas pandang. Hanya sebentar ia hadir. Namun, cukup mengguggah jiwa. Ku jadi terlalu rindu. Dan basah di wajah hadir jua.
Saat mendengar bicara seterusnya. Mereka bercerita. Membayangkan angan yang dalam.
Sekali lagi aku rindu. Teramat cemburu mengetahui dan mendengarkan betapa beruntungnya mereka itu di sisinya.
Teramat rindu. Teramat dalam ia menusuk ke jiwa. Menggugah satu demi satu helaian memori yang pernah bertapa di minda. Menjangkau langkah yang pernah diciptanya.
Ku rindu..
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
‘Izinkan ku cinta dan rindu, ya Allah. Cinta dan rindu yang Kau redhai. Cinta dan rindu yang Kau aturkan.’
Allah Maha Baik. Allah Maha Penyayang. Allah Maha Pengasih. Ya Allah! Kau teramat baik. Teramat dekat. Teramat dan teramat penyayang.
Saatnya ukhty berbicara.
“Ya Allah! Subhanallah! Adilnya Allah. Sekecil-kecil zubab(lalat) yang kita rasa mengganggu hidup kita tu sebenarnya punya hikmah dan ilmu Allah.”
“Allahuakbar. Nak tahu tak? Rupa-rupanya kat sekecil-kecil lalat tu ada disertakan vein pada sayapnya. Allah. Adilnya Allah. Kita sangka, yang besar ini akan ada mesin, enjin yang sangat kompleks. Dan bagi ana, kalu yang kecil tu pun, cukuplah binaan ringkas untuk dia makan, bernafas. Tapi, Allahuakbar. Kagum ana.”
Terkedu. Tergamam. Hati yang tersentuh.
“Subhanallah. Rupa-rupanya tangan kita ni terlalu banyak gunanya. Hebatnya Allah. Allahuakbar.” Sejurus, laju tangannya mengelap meja kecil yang di atasnya tertumpah sedikit serbuk kopi. Mengaup dan mengalirkan air melalui tangannya.
Terkaku. Panahan ayatnya menusuk.
Sejurus..Terbalas bicaranya dengan lintasan firman Allah.
“Ukhty, entah kenapa ana teringatkan firman Allah. (Yang maksudnya)”Hanya kepada Allah doa yang benar. Berhala-berhala yang mereka sembah selain Allah tidak dapat mengabulkan apa pun bagi mereka, tidak ubahnya seperti orang yang membukakan kedua telapak tangannya ke dalam air agar (air) sampai ke mulutnya. Padahal air itu tidak akan sampai ke mulutnya. Dan doa-doa orang-orang kafir itu, hanyalah sia-sia belaka.”~Ar-Ra’d ayat 14~
Hati seakan beredar di satu paksi yang ku mengerti ketenangannya. Mencari sejahtera yang hadir. Ya Allah..

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
“Ukhty, cuba buka surah Qaf. Nah! Terangkan cepat.” Dan bibirnya mengukir senyuman.
“Aduh! Erm, ayat 31 surah Qaf?” Ulas bibirnya membalas senyuman itu.
Dia membacanya. Dan merujuk kepada terjemahan di tepi. Dahinya berkerut. Diteruskan bacaan dan tafsiran sehingga ke ayat yang seterusnya. Diulang beberapa kali. Hatinya menafsir. Memahami.
Dia membingkiskan tazkiyyah nafs, penyucian jiwa. Tentang SYURGA. Bertawakkal berbicara. Sedang hatinya tertunduk pada kedalaman maksud dan kiasannya.
“Sedangkan syurga didekatkan kepada orang-orang yang bertaqwa pada tempat yang tidak jauh (dari mereka).”~Qaf ayat 31~
“(Kepada mereka dikatakan), “Inilah nikmat yang dijanjikan kepadamu, (iaitu) kepada setiap hamba yang sentiasa bertaubat (kepada Allah) dan memelihara (semua peraturan-peraturanNya).” ~Qaf ayat 32~
“(Iaitu) orang yang takut kepada Allah yang Maha Pengasih, sekalipun tidak kelihatan (olehnya) dan dia datang dengan hati yang bertaubat.”~Qaf ayat 33~
“Dan masuklah (ke dalam syurga) dengan aman dan damai. Itulah hari yang abadi.”~Qaf ayat 34~
Ukhty membicarakan tentang SYURGA. Tulus menceritakan janji Allah itu. Pada hatinya yang punya kebahagiaan (SALIM) dengan ISLAM. Pada hatinya yang punya ketenangan dengan IMAN. Itulah bahagia yang sebenar-benarnya. Bila punya kesejahteraan dalam jiwanya. Tunduk dengan keimanan yang dalam.
“Bagi mereka (disediakan) tempat yang damai-darus salam- (syurga) di sisi Tuhannya. Dan Dialah pelindung mereka kerana amal kebajikan yang mereka kerjakan.” ~Al-An’am ayat 127~
Dan mengikut perbincangan para mufassirin, pada ayat 31 surah Qaf, itulah “DEKAT” yang dikurniakan pada mereka melalui amalan-amalan kebaikannya yang sendiri ingin dekat dengan syurga. AMAL. Itulah bekal yang kekal sehingga ke sana. Tiada gunanya lagi ringgit, atau geneih, atau euro atau dollar untuk kita bawakan ke sana.
Ra’sul mal fid dunya huwad din..”Harta yang utama di dunia ialah AGAMA.”
Terpanah jua sekali lagi.
Rindu itu makin memuncak. ALLAH. Rindunya..
Mereka berbicara. Menghantar bingkisan kerinduan itu. Hadir ke jiwa.
‘Saat ku duduk di kesendirian
Di antara rindu dan asa
Selalu terbayang
Dalam anganku
Senyummu yang lembut dan tulus
Ku rindu padamu, ya Rasul
Ku rindu ada di dekatmu
Ingin ku jumpa sekejap saja
Meski hanya dalam mimpi’
Basah hati dengan istijabah doa..Mencari cinta dan rindu yang hakiki..Lantas kini Kau kurniakan. Allahuakbar..
MerinduiNya.. SyurgaNya. Jua merindukan langkah AlHabeeb Rasulullah.. Terbayangkan senyumannya.. Mencemburui insan yang bersamanya. Mengesani kasih dan kelembutannya. Mendambakan saat halaqah bersamanya di syurga yang abadi..
~terima kasih ya Allah untuk rindu dan cinta ini..~Allahuakbar..
0 comments:
Post a Comment