
Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..
Masih mampu melanjutkan kalam di sini. Bingkisan yang beberapa kali tergendala kerana aulawiyyat lain yang perlu diutamakan..Allahu musta'an..
Seringkali hamba itu pasti teruji..Kerana sang hati tekad menempatkan tawakkal itu di tanganNya..Justeru, hanya di hatilah tempat yang selayaknya..Hanya di hati..Sungguh, tawakkal itu bukannya pada jawarih (anggota badan) tapi semata-mata di hati..Kerana apa yang terzahir di anggota itu terhasil dari signal yang dihantar oleh sang hati..Betapa dialah sang raja..Dan iman menjadi pemandunya..Membantunya meluruskan denai yang terpaksa ditempuh agar tulus dari fujur atau sebarang kemaksiatan..
Namun, benar..Ujian itu benar-benar menguji..Tersungkur dan jatuh bagaikan sebati. Dan, di situ, dia melihat keindahan andai dia berjaya melepasinya..Kerana di situ, terukir buatnya THIQAH BILLAH..KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH...
Kepercayaan yang sesekali tidak dibataskan dengan had-hadnya..Percayalah padaNya sepenuhnya, semantapnya, sebulat-bulatnya..Dan kau takkan pernah rugi..Itulah kepercayaan pada keyakinan yang haqiqi..Yang sebenar-benarnya..Allah..
Dan sesungguhnya keyakinan ini tiada kaitannya dengan kepentingan hasil atau natijah itu sendiri..Kerana sebabnya hanya satu..Kerana jiwanya tetap yakin tanpa syak pada hakikat pemilihan dan pelaksanaan yang Esa..Sekalipun pahit, sekalipun perit..Namun, pahit itu terasa manis dan kepedihan itu seakan sembuh hanya bila mengadu pilu padaNya..Bila rindu itu memuncak..Bila juhud atau kesungguhan itu padu..Bila jiwa itu meronta, merintih hanya buatNya..
Ya Khalilullah..Saidina Ibrahim..Betapa dirimu yakin dengan sebenar-benar yakin tatkala dirimu dicampak ke dalam api yang panas membara..
Namun, keyakinan dan ketenangan itu punya kekuatan..
"Kami berfirman, 'Wahai api! Jadilah kamu dingin, dan penyelamat bagi Ibrahim."dan mereka hendak berbuat jahat kepada Ibrahim, maka Kami menjadikan mereka itu orang-orang yang paling rugi." ~Al-Anbiya' ayat 68, 70~
Walhal, terzahir persoalan..Kenapa Allah tidak menyelamatkan Nabi Ibrahim awal-awal lagi? Hikmahnya..PERCAYALAH KEPADA ALLAH..
Dan sesungguhnya Allah berkehendak untuk mendatangkan bantuanNya bila-bila masa sahaja, dengan cara yang tidak kita ketahui sekalipun..
Terpegun dengan kata-kata ukhty, "Bila hati dan seluruhnya telah kita qosadkan(niatkan) untuk jalan Allah, perhatikanlah susur jalan itu yang begitu indah aturannya..Amatilah jalan tarbiyah yang disediakan Ilahi buat yang bakal terpilih untuk abadi di jalan kebenaran itu. Benarkanlah janji-janji kita denganNya!"
Allahuakbar..
Seringkali teruji..Namun, di kala itulah hati makin hampir, makin kuat menyeru untuk kasihNya..makin mencari cintaNya..makin ingin menggapai maqam yang tertinggi itu..
Ya Allah, perteguhkanlah tawakkal dan keyakinan ini..Di saat hati berbicara dengan hanya padaMu..
Wallahu'alam..
1 comments:
Allahumma aminn...
Post a Comment