Saturday, March 26, 2011

BANGKIT..


Bismillahirrahmanirrahim…

Memikirkan sebuah ‘kesempatan’…kata ukhti..hnya mampu usaha mempersiapkan diri dan usaha berbekal atas KEPASTIAN yang belum sampai..
KEPASTIAN AJAL..

Tapi, turun naik iman memang menggugah jiwa..menagih mujahadah yang kuat untuk jatuh dan bangkit kembali…

Mengalir air mata menerima bingkisan itu..
Saat yang teruji..Fitnah yang ku takuti..

Tapi hadir ukhti menyiram di sudut jiwa.dengan mafhum firmanNya..
“maka barangsiapa beriman kepada Tuhan, maka tidak perlu ia takut rugi dan berdosa.”~alJinn ayat 13~

.....................................................................................

Hanya mampu menatap langit..Mentadabbur sekeliling..Mencari diri..

Sebak mula pantas mengambil tempat..Kekuatan sedikit demi sedikit dimamah kesedihan..

Mencari kebangkitan..Menyelak halaman muhasabah..Taharrak dijana..Namun langkah tetap tersadung..Hati mula sebal..Mata mula bergenang..

Persoalan itu teramat rumit..Hingga terkadang ku terasa sempit..Apakah benar ia terlalu komplikated..Laman itu masih rapi tertutup..

.....................................................................................

Membelek laman inzar...Subhanallah..

Hadis yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda : “ Perumpamaan seorang Mukmin adalah seperti satu tanaman yang tumbuh dan tidak lekang berdepan angin yang menggoyangkannya, dan sentiasalah seorang Mukmin itu ditimpa dengan ujian. Sedangkan orang Munafik pula umpama satu pokok padi yang tidak bergoyang melainkan setelah dituai dan dikumpul hasilnya..” [ Imam Muslim 4/2162]


“ Jika kamu mendapat luka , maka sesungguhnya kaum Musyrik itupun mendapat luka seperti kamu. Dan demikianlah , kami pergilirkan hari-hari (menang dan kalah) antara manusia supaya Allah mengatahui orang yang benar-benar tetap iman mereka dan memilih antara kamu para Syuhada’. Dan allah tidak suka kepada orang berlaku zalim.” (140)


Khubaib b. ‘Adi R.A sentiasa mendendangkan ungkapan syairnya:
Aku tidak peduli ketika aku berperang sebagai seorang muslim
Dari arah mana..demi kerana Allah aku akan gugur (sebagai Syahid)..



Imam Ar-razi di dalam tafsirnya menyatakan bahawa : “ Sesungguhnya keikhlasan seseorang insan dilihat ketika berada dalam keadaan ujian (ditimpa bala), dia lebih banyak kembali mengadu kepada Allahnya berbanding ketika menerima habuan dunia.

“ Dan kami pasti menguji kamu dengan setu ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan, dan khabarkanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar yang apabila mereka diuji dengan satu-satu musibah , mereka berkata : sesungguhnya dari allah dan kepadanya kami dikembalikan..”.

.....................................................................................

Justeru, dengan apa lagi direndahkan jiwamu itu...Allahul musta'an..Sungguh Allah mengerti apa yang terbaik buatmu..

Buat adik-adik dan sahabat-sahabat yang disayangi keranaNya..Memiliki kefaqihan, kefahaman tentang Fiqhul Qulub pada diri sendiri jua pada teman bukanlah satu bidang yang calang-calang..Pinjaman ini pinjaman yang agung..

Anggota itu yang teramat kompleks..Teramat rumit untuk difahami putarannya, hubungannya, jalur dan lintasannya..

Semakin dibincangkan, dikaji, semakin rumit untuk difahami..Malah semakin rindu dan takut pada Pencipta..

Senyap kembali membaluti diri..Ya Allah...

Melangkah..Melihat..Merangkul mata hati itu agar ia terus berbicara..Menghantar signal..

Ya Allah...

“Katakanlah: “Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagiNya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku adalah orang Islam yang awal pertama.” (Al-An’am: 162-163)


WALLAHU'ALAM

0 comments: