Monday, January 10, 2011

PELABUHAN SINGGAH..


Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah..alhamdulillah..Alhamdulillah..

Moga segalanya dalam rahmat dan redha Allah..

Melakar pemandangan sendiri di langit yang kelam, gelap..Sambil membiarkan diri dihembus kedinginan yang teramat..

Masih cuba untuk mencari bintang-bintang malam..Hampa..Mereka sedang berteduh di horizontal sana..Bukan merajuk..Tapi, bukan masanya, juga bukan pada tempatnya..

.......................................................................................

"Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) seperti (yang dialami) orang-orang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan digoncang (dengan pelbagai cubaan), sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata, "Bilakah datang pertolongan Allah?" Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat."
( Surah Al-Baqarah : ayat 214)

Ayatullah ini mengusik menegur sanubari selaju lintasan elektrik. Menusuk ke dasarnya.. Tatkala diri dalam perjalanan ke destinasi demi menunaikan waajibat yang diamanahkah, lantas diri melabuhkan monolog. Seakan lemah berbicara, hanya ingin memutar ketenangan. Dan, sejurus Allah mengirimkan inzar. Ya Allah..

Membuka ruang untukku berfikir..Ya Allah...

.....................................................................................

"Aku lihat kamu dalam musykilah? Memikirkan sesuatu?"

Ramah mama bertanya. Aku hanya memandang sepi pada mulanya. Kerana diri masih terawang-awang. Ukhti Huda, pelajar thanawi Maahad Al-Azhar, warganegara Misr, seperti mama yang menegurku tadi, cuba untuk mengejutkan diri.

"Ma'alish ya mama..."

Ku mengatur bicara memohon kemaafan. Dan sejurus ku menghadiahkah senyuman buat mama dan Ukht Huda kerana kesilapanku.

Dan mama memahami, lantaran kerap melihatku di situ, di sudut rumahNya, tempat yang menjadi wasilah kedamaianku. Dia terus mengirimkan doa, membuatkanku semakin lebar tersenyum. Hampir air mata ini jatuh kerana keharuan. Dan ukhti Huda juga mengirimkan senyumannya.

Kami berbicara sebentar. Dan ku hanyut dalam inzar, peringatan sesama kami. Mentatbiqkan laman ukhuwah. Ku senang dan bahagia..

.....................................................................................

"InshaAllah Allah akan mengurniakan kejayaan buatmu."
Hanya membalas dengan senyuman dan ucapan terima kasih. Ku bersyukur. Lantas Dia sering mengirimkan rahmatNya. Terlalu sedikit ku bersyukur.

Tak dapat dipanjangkan kalam bersama Syeikh, aku redha. Secebis doanya sudah cukup menjadi wasilah kekuatan buatku. Dan Syeikh menuntut janji untuk diri kembali menyambung muraja'ah yang terputus seketika. Moga Allah mempermudahkan. Ya Allah..

.....................................................................................

"Kak, moga terus sukses ya..Terima kasih untuk doanya." -via-.. Adik yang baru ku kenali, tetapi seakan terasa keintiman ukhuwah walaupun berasal dari rumpun negara yang berbeza. Dia dari Indonesia, dan diri ini, Malaysia..

.....................................................................................

Sungguh, doa dan ukhuwah fillah itu menjadi senjata kekuatan buat diri. Hanyut aku dibuai keresahan dan permasalahan, lantas Allah mengirimkan pakej inzar dan kasihNya..Terlalu sedikit hamba bersyukur ya Allah..

.....................................................................................

Dan gelak tawa di halaman tarbiyah, Beyti Jannati, kerap mendamaikan jiwa..Terasa senyuman hampir tidak lekang dari bibir ini..Memandang kerenah kakak dan adik-adik yang lincah, bermakna dalam proses pentarbiyahan. Mengundang tabir kefahaman dan keindahan dalam halaqah sa'adah itu, diri mendapat taujihat demi taujihat..Sama memberi, sama berkongsi..

Subhanallah..Amat indah pengaturanMu ya Allah..

.....................................................................................

Ukhti itu menangis lagi. Menerima report yang hampir sekali lagi melemahkannya. Ku tidak berada di sisinya. Pengaturan Allah untuk ku tidak menzahirkan lemahnya diriku uktuk menerima keputusan itu.

"Dia akan di operate nanti."

"Subhanallah. Cara lain?"

"Doktor kata, keadaannya sudah sampai ke tahap dia perlu dibedah untuk membetulkan kembali struktur tulangnya. Kalau tak, mungkin sakitnya akan bertambah teruk." Allahu'alam.

Dan terus ku melanjutkan bicara padanya. Ingin mendengar butir bicaranya sendiri..

"Ha ah. Betul nanti akan di operate."

Ku terkedu seketika. Hilang butir bicara. Ku sudah jangkakan. Namun, entah mengapa wajahnya mengusik sendu. Dia sepi. Dan, akhirnya esak kedengaran.

"Allah sayang Angah. Allah tahu Angah kuat. Allah pilih Angah sebab Angah insan terpilih untuk memikul kasihNya. Kerana destinasi abadi kita di sana. Kita disiapkan di sini, diinzarkan untuk persediaan yang kekal selamanya, tiada kembali lagi."

.....................................................................................



Mengutip bicara hikmah kehidupan. Di masa depan, yang pasti akan ku lalui dengan pelbagai khibrah yang bakal menjadi 'ibrah dan bekal perjalanan. Menyediakan diriku pada tarbiyah kehidupan. Bersama teman di sisi..Persiapkan diri dan jiwa ini dengan bekal keimanan, ya Allah. Agar tiap jalan kehidupan itu makin mendekatkanku pada ma'rifatul haq..Menjadi bekal di timbangan keadilan..

Dan ku labuhkan persinggahan di pelabuhan cinta. Ingin melihat, mencari seketika diri yang ditadabbur di balik kegelapan malam..

"Ijlis bina, nu'min sa'ah" (Mu'az bin Jabal) - Duduklah bersama kami, untuk beriman sejenak.-

.....................................................................................
Memulakan muzakarah.. Pada buku-buku yang tersusun di hadapan mata. Menanti untuk dihadam demi menghadapi sebuah ujian kehidupan.. Exam Midsem sesi 2010/2011 Kulliyyah Perubatan Banat Al-Azhar..Moga kan teresap jua penghayatan pada tadabbur kehidupan demi imtihan nihai'e di barzakh dan alam seterusnya nanti..



MUMTAZ DI SISINYA, JUA MUMTAZ DI SISI HAMBANYA..Permudahkanlah segala urusan kami, Ya Allah..
Allah yang menyaksikan..Allah yang menilai..

3 comments:

FaDhILaH said...

salam kak wanii...
nice post...masyaallah...
keif halik ya ukhti?....

akak apa khabar????

kak wani said...

wsalam fadhilah..hehe..subhanallah..alhamdulillah kheir..dik pe khabar? jaga diri, jaga iman..sayang ukhti fillah..

FaDhILaH said...

syukran akak atas ingatan..^^..insyaallah kak wani pon jaga diri...jaga iman...ukhuwah fillah..=)