
Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah 3x ....Masih dikurniakan Allah nikmat Islam dan Iman yang tak ternilai harganya..Subhanallah...
Merenteti kisah semalam..
.......................................................................................
Air matanya laju menuruni lekuk pipinya..Pilu dan perit...Dia terduduk di pinggir tangga tepi bangunan kuliyyah perubatan..
Kami hampir kaget..Dengan lafaz Bismilllah, Alhamdullillah dan istighfar, ku menghembuskan nafas..Alhamdulillah ketenangan terasa menyerap..
Berbincang dengan sahabat setia, Aya Sa'id, seorang sahabat yang berbangsa Arab dan sangat baik serta rapat dengan kami, kami membuat keputusan untuk memanggil teksi ke halaman kampus.
Urusan yang dipermudahkan Allah, tak sampai 5 minit kami menunggu teksi di luar kawasan universiti, mampirlah sebuah teksi kepada kami..Dan dengan izin Allah juga, kebenaran diberikan kepada kami untuk urusan yang berkaitan..
Ukhti itu ku temani hingga ke rumahnya. Sepanjang perjalanan, dia kesakitan..Ya Allah..
"Angah, Ateh tahu angah kuat. Banyakkan zikir yea.. Allah sayang sangat dengan angah."
Dan saat-saat yang berlalu, dia tenggelam dalam ketenangan alunan zikir yang meniti di bibirnya..
.....................................................................................
Tekaan kami tepat..
Bukan Ankylosing Spondylitis, Osteomyelitis, Osteosarcoma, dan lain-lain keadaan yang cuba kami dalami mengikut keadaan ilmu yang masih cetek ini...tapi, Scoliosis..



.....................................................................................
Saat itu, ku tahu, dia cuba untuk kuat menahan kesakitan yang teramat tiap kali sakit yang ngilu itu menyerang bahagian belakangnya. Dan setiap kali itu jugalah, kami mencuba yang terdaya untuk membantu meringankan bebannya..
.....................................................................................
Sejak akhir-akhir ini, air matanya memang kerap mengalir..Ya Allah, kurniakanlah sebaik-baik bantuan dan pertolonganMu buatnya..Ku tahu dia kuat dan berdaya menanggung semua ini...
Saat ini, dia dan kami diuji...Moga Allah thabatkan kami untuk terus melalui jalan-jalan yang mungkin menjadi pemudah cara buat kami ke syurgaNya dan mengurniakan kami kesabaran yang tinggi di atas segala nikmat tarbiyyahnya buat kami di bumi Anbiya' ini..

Sinar itu setia di sana...
Segalanya indah jika kerana Allah..Allah matlamat kami.. Rasul qudwah, ikutan kami.. Al-Quran dustur, perlembagaan kami..Jihad jalan kami..Dan mati di jalanMu, cita-cita tertinggi kami..
Allahumma fasyhad...lindungi dan redhai kami, ya Allah..Alhamdulillah..
0 comments:
Post a Comment