Monday, November 22, 2010

SI AYAH...


Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah 3X..

Tenang menghadapi hari yang penuh khibrah.. Alhamdulillah..

Teringat saat dalam perjalanan ke kuliah pagi tadi, yang mana terserempak seketika dengan seorang ayah muda yang penyayang.. Terpaku melihat perlakuannya..

Bahu anak kecil yang berumur dalam lingkungan 4 atau 5 tahun itu dirangkul mesra sambil mata menatap bebola kecil milik anak gadis yang comel itu..Mulutnya terkumat-kamit membicarakan sesuatu buat si kecil itu lantas membuatkannya tersenyum kegirangan..Dan si ayah, terus tersenyum menatap si anak..

Sempat ana memandang sekilas kepada si ayah, yang wajahnya penuh senyuman dan kasih sayang..Keselesaan seorang anak juga terzahir..

Berbeza dengan situasi semalam yang menampakkan kebengisan seorang ayah muda pada anak lelakinya yang juga berumur dalam lingkungan 4 atau 5 tahun.. Di hadapan khalayak ramai.. Sambil berjalan, dengan muka yang masam dan rungutan yang keluar dari bibirnya, pantas juga tangannya menghayun menampar tubuh kecil si anak. Puas si ibu meredakan anak dan ayah.. Tabahnya ibu, menahan derita kebengisan seorang pemimpin keluarga..

Mendidik rijal yang tak semudah disangka..Juga melahirkan rijal yang ditamkinkan dalam rahim seorang ibu,wanita yang mempunyai pelbagai emosi.. Maka, tak mustahil jika yang lahir itu bermacam peribadi dan perangai..Sama ada sebagai seorang Umar, Uthman atau Ali..dan juga lain-lain..Yang padanya ada potensi yang mampu digarap, dimaksimumkan untuk keperluan perjalanan seorang khalifah..

Kesedaran yang tak mudah untuk dibina kerana proses untuk dia melaluinya juga agak penat, ta'ban..

Namun, jiwa dai'e, yang tercalon pada jalan itu, moga akan terus thabat dan meningkat taqwanya demi sebuah pertemuan yang amat dirindui dalam menyediakan bekal yang diterima olehNya..



Allahumma amin..

0 comments: